

Alhamdulillah, perjuangan kita dalam DCL telah pun memasuki tahun ke 12 operasi.
Pelbagai peristiwa penting yang berlaku sepanjang Fizikal Year (tahun Fizikal DCL- September 2008 hingga September 2009) seperti; aktiviti global - (Majlis Penganugerahan - Distributor Rally, Regional Rally ,Gala Dinner dan Konvensyen Antarabangsa), penubuhan Koperasi DCL, penubuhan Yayasan DCL dan pelbagai lagi aktiviti di mana aktiviti-aktiviti ini adalah bukti jelas kejayaan yang dicapai oleh DCL. Dalam kata lain, ia adalah satu bukti jelas bahawa ribuan pejuang telah mencapai kebebasan kewangan, sehingga ada yang mendapat pendapatan sehingga 6 angka (lebih daripada RM 100,00 sebulan).
Semuanya ini membuktikan bahawa DCL adalah satu pilihan tepat. Dalam erti kata lain ianya juga bermaksud; produk, plan pemasaran dan sokongan perniagaan DCL adalah sangat releven.
Di samping ramai pejuang-pejuang DCL yang berjaya menterjemahkan plan pemasaran, produk dan sistem DCL kepada sebuah kejayaan, terdapat juga sebahagian pengedar yang lain tidak mampu merealisasikan kejayaan. Dan pada akhirnya golongan ini selalunya menjadikan plan pemasaran dan apa sahaja sebagai kambing hitam untuk dijadikan alasan atas kegagalan mereka. Sehingga sebahagian mereka ini sanggup mengguna apa sahaja cara, meskipun sampai ke tahap mengkritik, mencerca dan menghina pihak lain.
Pejuang DCL;
Pejuang-pejuang DCL yang berjaya menterjemahkan peluang DCL menjadi satu kenyataan bukan memperolehinya secara kebetulan, sebaliknya mereka ini memahami kehebatan produk, plan pemasaran dan sistem serta bertindak dengan cara yang betul dan fokus atas apa dilakukan. Manakala yang gagal, justeru gagal memahami kehebatan DCL.
Dalam hal ini, izinkan kami berpesan, lihatlah kebenaran yakni sejarah perkembangan DCL (usahawan dan syarikat) selama 12 tahun ini yang bukan sekadar berkembang pesat di pasaran domestik bahkan ke 5 Negara Asia yang lain.
Produk-produk baru yang telah dikeluarkan dan beberapa rangkaian lagi yang akan dikeluarkan di dalam tempoh yang terdekat (termasuk ubat gigi (untuk rawatan), tea pelangsingan(ekstrak epal hijau), lima warna lipstick baru, dan beberapa rangkaian kosmetik yang sedang dalam proses pembungkusan), tiga unit bangunan empat tingkat yang baru dibeli (belian lelongan syarikat S) di belakang Ibu Pejabat DCL, cawangan; Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Brunei (dalam renovasi) dan pelbagai perkembangan lain adalah isyarat jelas sebagai satu bukti nyata!...DCL terus berkembang dan akan terus perkasa di persada network marketing global. Dan, yang pastinya tanpa pejuang yang berjaya merealisasikan impian tidak mungkin DCL mencapai kecemerlangan ini. Syabas pejuang yang dikasihi semua!.
Perjuang yang dihormati ;
Lihatlah dengan mata hati atas perkembangan yang DCL capai hingga kini dan jangan mudah terpengaruh dengan pencuri impian yang cuba mengelirukan anda. Penawarnya; Fahami plan pemasaran, visi dan misi DCL serta perjuangan DCL.
Akhir kalam hayati dan renungi;
“Abraham Lincoln berjaya bukan kerana dilahirkan dalam pondok buruk, tetapi kerana dia berjaya keluar dari pondok buruk itu”
Salam Perjuangan.




